Terdapat dua buah kelas prasekolah yang diwujudkan bagi memenuhi kehadiran para murid cilik berusia lima dan enam tahun menghadirkan diri ke sekolah. Kelas Bijak dan Kelas Bestari dengan suasana bilik kelas yang menarik dan ceria amat sesuai untuk kanak-kanak belajar. Kelas Pra Bijak dipimpin oleh Cikgu Syaifatul Aisyah bt. Mohd Sabree manakala Kelas Pra Bestari dipimpin oleh Cikgu Rozanna bt. Rujim, Mereka dibantu oleh seorang PPM, iaitu Pn. Siti Fairuz Mat Akhir.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Prasekolah