CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Nov 13, 2016

HAKAB 2016

Hari Anugerah Akal Budi  telah diadakan pada 10 November 2016, bersamaan hari Khamis. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Kamal Hashim wakil YB Dato' Hj. Mohd Rawi Abd Hamid.
Share:

Nov 3, 2016

Kolokium "Open Class World Largest Lesson (WLL)

SK Nyior Chabang telah terlibat dalam Kolokium "Open Class World Largest  Lesson (WLL)" 2016 bertempat di Ballroom, De Baron Resort Langkawi pada 2 November 2016 jam 8 pagi hingga 5 petang.
Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Share:

Oct 12, 2016

Paluan Berundur Ayahanda Md. Radzi

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Ayahanda Md. Radzi Md. Isa telah dilaksanakan pada 29hb. September 2016. Pada tarikh tersebut sempena tarikh kelahiran Ayahanda Md. Radzi maka berakhirlah perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan amnya dan di SK Nyior Chabang Khususnya. Dengan jawatan terakhirnya sebagai Guru Pemulihan Khas NKRA. Warga sekolah amat terasa akan kehilangan beliau. Beliau sebelum ini adalah guru paling senior yang menjadi penghubung antara para guru dengan pentadbir serta juga dalam organisasi PIBG, yang beliau dilantik menjadi setiausaha.
Semoga beliau bertambah ceria dan sentiasa dalam limpah rahmatNya. Selamat bersara Ayahanda.

Share:

Sep 3, 2016

Solat Hajat Perdana UPSR

Majlis Bacaan Yassin perdana untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan pada 1 September (Khamis malam Jumaat) bertempat di Masjid Darussalam, Kg. Nyior Chabang. Majlis bermula pada pukul 7 petang dengan kehadiran waris bersama anak masing-masing. Sambutan para waris amat baik pada majlis kali ini. Semoga dengan berkat kerjasama dan komitmen daripada warga guru dan para waris akan membuahkan kecemerlangan buat murid-murid tahun 6 pada tahun ini.
Share:

Aug 26, 2016

Majlis Anugerah Sinar Harapan Kelas Pemulihan

Majlis Anugerah untuk murid-murid pemulihan julung kalinya diadakan bagi memberi penghargaan dan semangat kepada murid-murid agar lebih bersemangat utuk belajar. Majlis ini juga adalah cetusan idea guru Pemulihan Khas, En. Md. Radzi yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan bagi merealisasikan majlis tersebut. Majlis ini juga merupakan kali terakhir beliau sebelum bersara pada bulan September ini.
Share:

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 4 Bijak

Seorang murid Nurul Shifaa Salleh daripada kelas 4Bijak terpaksa bertukar sekolah ke Jitra setelah kematian bapanya. Atas inisiatif waris dan rakan-rakan sekelas, telah bersepakat mengadakan jamuan perpisahan kepada beliau. Walaupun ringkas dan secara tidak dirancang tetapi dapat dilaksanakan dengan meriah dan bermakna.

Guru-guru juga bersama-sama meraikannya sebagai tanda semangat kepada adik Nurul Shifaa. Semoga beliau lebih maju dan berjaya walau di mana sahaja.
 
Share:

Program Motivasi Waris Tahun 6

Program motivasi untuk waris murid tahun 6, 2016 telah diadakan bagi menyuntik semangat dan kesedaran bersama dalam memastikan anak-anak didik tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR mendapat perhatian dan semangat yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa.

Ustaz Amin Abu Bakar telah berkongsi beberapa tips dan teknik dari sudut amalan Islam untuk diamalkan dalam mendidik anak-anak. Semoga dengan perkongsian ilmu yang diberikan dapat membantu melonjakkkan kejayaan anak-anak didik SKNC pada tahu.
Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia