Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Ayahanda Md. Radzi Md. Isa telah dilaksanakan pada 29hb. September 2016. Pada tarikh tersebut sempena tarikh kelahiran Ayahanda Md. Radzi maka berakhirlah perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan amnya dan di SK Nyior Chabang Khususnya. Dengan jawatan terakhirnya sebagai Guru Pemulihan Khas NKRA. Warga sekolah amat terasa akan kehilangan beliau. Beliau sebelum ini adalah guru paling senior yang menjadi penghubung antara para guru dengan pentadbir serta juga dalam organisasi PIBG, yang beliau dilantik menjadi setiausaha.
Semoga beliau bertambah ceria dan sentiasa dalam limpah rahmatNya. Selamat bersara Ayahanda.
Semoga beliau bertambah ceria dan sentiasa dalam limpah rahmatNya. Selamat bersara Ayahanda.