CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Jul 31, 2016

Program Kecemerlangan Akal Budi

Majlis Pelancaran Akal Budi
Telah disempurnakan oleh YDP PIBG Tn. Hj. Azmi Ramjan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar sebagai pembuka bicara, seterusnya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Azmi Ramjan. Penyerahan cenderahati telah diberikan mengikut beberapa kategori yang telah diwujudkan sebagai perangsang kepada murid-murid supaya lebih bersemangat untuk datang ke sekolah seterusnya belajar dengan bersungguh-sungguh.

Share:

Jul 28, 2016

Program Pertandingan Membaca (Linus 2.0)

Tarikh: 28 Julai 2016
Masa : 11.30 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat : Dewan Anggun Bestari

Peserta adalah murid Linus tahun 3

Semua murid Tahap 1 berkumpul di Dewan untuk bersama-sama memberi sokongan dan pendedahan kepada rakan yang lain. Guru mata pelajaran bersama-sama untuk mengawal disiplin murid semasa pertandingan berlangsung.

Share:

Jul 24, 2016

Sambutan Aidilfitri Prasekolah

Kelas Prasekolah Bijak dan Bestari telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka pada hari Khamis, 21hb Julai yang lalu. Semua murid, guru-guru serta PPM segak, manis bergaya dengan pakaian raya masing-masing.

Share:

Jul 18, 2016

Majlis Bersama Mantan GB

Majlis meraikan mantan Guru Besar En. Kamaruzzaman Mehad telah diadakan pada hari Khamis, 14 Julai yang lalu. Sambutan yang diadakan adalah bagi menghargai perkhidmatan belia di SKNC selama ini. Walaupun ringkas tetapi dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna. Selain jamuan makan tengah hari, penyampaian hadiah dan sumbangan daripada setiap kelas dan unit telah disampaikan oleh wakil masing-masing.

Share:

Jul 16, 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia