CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Aug 26, 2016

Majlis Anugerah Sinar Harapan Kelas Pemulihan

Majlis Anugerah untuk murid-murid pemulihan julung kalinya diadakan bagi memberi penghargaan dan semangat kepada murid-murid agar lebih bersemangat utuk belajar. Majlis ini juga adalah cetusan idea guru Pemulihan Khas, En. Md. Radzi yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan bagi merealisasikan majlis tersebut. Majlis ini juga merupakan kali terakhir beliau sebelum bersara pada bulan September ini.
Share:

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 4 Bijak

Seorang murid Nurul Shifaa Salleh daripada kelas 4Bijak terpaksa bertukar sekolah ke Jitra setelah kematian bapanya. Atas inisiatif waris dan rakan-rakan sekelas, telah bersepakat mengadakan jamuan perpisahan kepada beliau. Walaupun ringkas dan secara tidak dirancang tetapi dapat dilaksanakan dengan meriah dan bermakna.

Guru-guru juga bersama-sama meraikannya sebagai tanda semangat kepada adik Nurul Shifaa. Semoga beliau lebih maju dan berjaya walau di mana sahaja.
 
Share:

Program Motivasi Waris Tahun 6

Program motivasi untuk waris murid tahun 6, 2016 telah diadakan bagi menyuntik semangat dan kesedaran bersama dalam memastikan anak-anak didik tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR mendapat perhatian dan semangat yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa.

Ustaz Amin Abu Bakar telah berkongsi beberapa tips dan teknik dari sudut amalan Islam untuk diamalkan dalam mendidik anak-anak. Semoga dengan perkongsian ilmu yang diberikan dapat membantu melonjakkkan kejayaan anak-anak didik SKNC pada tahu.
Share:

Aug 25, 2016

Kejohanan Funball dan futsal Prasekolah

Kejohanan Funball dan Futsal telah diadakan

Share:

Aug 23, 2016

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Bulan KemerdekaanPeringkat sekolah telah diadakan pada 21hb Ogos bersamaan hari Rabu, serentak dengan Perhimpunan Rasmi sekolah. Majlis yang diadakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En. Mohd Rudy dan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016. Sebagai gimik pelancaran pihak sekolah telah menyediakan 3 ekor burung yang kemdiannya dilepaskan secara bergilir-gilir oleh 3 orang, iaitu Tuan Guru Besar sendiri, diikuti oleh Pn, Hjh. Habsah dan juga En. Aziz Saad. Sepertimana biasa nyanyian lagu-lagu patriotisme dinyanyikan bersama-sama sambil mengibar jalur gemilang.

Pelbagai acara sepanjang kempen ini telah disusun bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara. Semua murid akan terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan.

Share:

Waris Bersama Sekolah

Program waris bersama sekolah bagi membantu kelancaran dan kebolehan anak-anak mereka menguasai aspek bacaan telah memberikan satu penambahbaikan yang bermanfaat kepada sekolah dan juga anak-anak didik SKNC. Semoga dengan inisiatif yang baru dimulakan ini akan membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk semua.
Share:

Aug 15, 2016

Program Rawatan Gigi

Program rawatan gigi oleh kakitangan klinik pergigian Langkawi telah diadakan beberapa hari secara berselang seli. Murid-murid yang menghadapi masalah gigi diberi rawatan yang sewajarnya oleh pegawai terlibat di bilik rawatan sekolah. Pada akhir rawatan semua murid diberi tunjuk ajar cara mengosok gigi dengan betul.

Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia