Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Ahad, bersamaan 25 Oktober 2015 yang lalu. Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Tn. Hj. Marzuki telah berkenan merasmikan majlis tersebut.Kerjasama semua jawatankuasa yang telah dibentuk bagi
menjayakan majlis kali ini secara keseluruhannya dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing dari awal hingga akhirnya dengan penuh amanah dan
kesepakatan sesuai dengan motto sekolah "Sepakat membawa berkat".
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.