CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

PROFIL SEKOLAH



VISI
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

MOTO SEKOLAH

“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”


OBJEKTIF SEKOLAH
·         Mendidik dan membantu murid-murid dalam perkembangan fikiran, moral, rohani dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmonis.
·         Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif.
·         Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk melahirkan murid yang berpotensi, proaktif, kreatif dan kritis.
·         Mewujudkan budaya sekolah kea rah masyarakat berdisiplin,berdikari,penyayang,harmoni dan patriotik.
·         Memperkasa jaringan dan jalinan antarabangsa.

WAWASAN SEKOLAH

Demi kepentingan agama, bangsa dan negara, pembentukan insan seimbang dan berkualiti yang selari dengan Wawasan Pendidikan Negara menjadi asas kesepaduan warga sekolah bagi melahirkan insan berketrampilan serta mampu menghadapi cabaran globalisasi di alaf baru. Insan yang terdidik berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dapat mewujudkan iklim dan budaya ilmu serta cekap dan mampu bertindak secara individu mahupun berkumpulan untuk merealisasikan Wawasan 2020.


Lencana Sekolah
Buku  – penerapan budaya ilmu di kalangan warga sekolah secara berterusan
Bikar/tabung uji – penekanan dalam aspek sains
Pokok – suasana sekeliling sekolah yang hijau dengan tumbuhan
Gelung rotan – kecemerlangan dalam bidang sukan seiring dengan pencapaian akademik
Warna hijau – melambangkan kedamaian dan kesejahteraan sekitar sekolah
Warna Oren – ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dalam usaha menuntut ilmu dan mengejar kejayaan
Warna ungu- - permuafakatan yang utuh antara sekolah ibu bapa dan masyarakat setempat
Moto – Berilmu Berusaha Berjaya (dengan ilmu yang diterapkan diharapkan murid-murid dapat terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cememerlang dalam bidang yang diceburi)
Singkatan SKNC – Semangat Kental Nikmatnya Cemerlang

Bendera Sekolah

Warna Kuning – ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dalam usaha menuntut ilmu dan mengejar kejayaan
Warna ungu – melambangkan permuafakatan yang utuh antara sekolah ibu bapa dan masyarakat setempat
Warna hijau - melambangkan kedamaian dan kesejahteraan sekitar sekolah

Lagu Sekolah
Kamilah harapan negara
Tunggak bangsa merdeka
Berhemah tinggi berakhlak mulia
Wawasan jadi nyata

Bersama kita menjayakan
falsafah pendidikan
sentiasa maju rajin berusaha
impian terlaksana
sk nyior cabang
jasamu tak dilupa
memberi ilmu dan berjasa
kepada kami semua

sekolah yang tercinta
lahirkan insan jaya
bidang sukan dan keilmuan
cipta kecemerlangan 




AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia