CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang terletak dalam Mukim Bohor, Langkawi Kedah. Jarak dengan Pekan Kuah ialah 24 km. Pekan kecil yang terdekat ialah Pekan Padang Matsirat, di mana jaraknya Cuma 5 km. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun tersebut sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan dua bilik darjah sahaja. Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini hanya sehingga darjah empat. Seterusnya mereka akan menyambung pelajaran mereka ke darjah lima dan enam di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat kerana sekolah ini di bawah pentadbiran sekolah tersebut.
Pada tahun 1984 sekolah ini mempunyai enam bilik darjah yang terdiri daripada darjah satu hingga darjah enam. Pada ketika itulah sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri dengan mempunyai empat kakitangan tenaga pengajar.

Hasil kepesatan dan perkembangan penduduk persekitaran maka dapat mempengaruhi perubahan fizikal dan enrolmen murid sekolah ini. Setiap tahun berlaku penambahan enrolmen muridnya. Maka pada 1 September 2002 sekolah ini dinaikkan gred daripada sekolah gred B ke sekolah harian gred A.
Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang’ bersempena dengan nama kampung ini, Kampung Nyior Chabang. Dipercayai pada suatu masa dahulu terdapat sebatang pokok kelapa atau nyiur yang bercabang dua tumbuh di kampung ini. Sekolah dan kampung ini dinamakan sempena dengan pokok kelapa atau nyiur tersebut.

Kini sekolah ini hampir dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang agak lengkap dalam pelbagai segi dan mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang lebih besar. Dengan kemampuan dan kredibiliti guru serta infrastruktur yang ada, SK. Nyior Chabang telah berjaya melahirkan generasi tempatan yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kehidupan. Bersesuaian dengan mottonya "Sepakat membawa berkat",SKNC telah berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam setiap pertandingan yang disertai. Dengan visinya untuk menjadi salah sebuah sekolah tersohor di Langkawi pada masa akan datang, pelbagai perancangan telah disusun untuk mencapainya. Semoga visi tersebut menjadi kenyataan bukan sekadar ucapan. SKNC TERSOHOR.

Semangat     Kental    Nikmatnya   Cemerlang
 

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia