Tanggal 26 September 2019, maka berakhirlah perkhidmatan guru besar Cikgu Shahidin Md Saman sebagai seorang pendidik, Pihak sekolah telah mengatur "Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi" buat beliau sebagai meraikan persaraan beliau.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Sep 28, 2019
Sep 23, 2019
Lawatan Penanda Aras-SK Ahmad Tajuddin
Pihak sekolah dengan inisiatif oleh penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Ahmad Tajuddin Sekolah Berprestasi Tinggi, Jitra pada hari Sabtu, 21 September yang lalu. Semua guru dan staf sokongan menyertai program ini.