Majlis Pelancaran Bulan KemerdekaanPeringkat sekolah telah diadakan pada 21hb Ogos bersamaan hari Rabu, serentak dengan Perhimpunan Rasmi sekolah. Majlis yang diadakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En. Mohd Rudy dan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016. Sebagai gimik pelancaran pihak sekolah telah menyediakan 3 ekor burung yang kemdiannya dilepaskan secara bergilir-gilir oleh 3 orang, iaitu Tuan Guru Besar sendiri, diikuti oleh Pn, Hjh. Habsah dan juga En. Aziz Saad. Sepertimana biasa nyanyian lagu-lagu patriotisme dinyanyikan bersama-sama sambil mengibar jalur gemilang.
Pelbagai acara sepanjang kempen ini telah disusun bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara. Semua murid akan terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan.