Program murid tahun 6, selepas UPSR antaranya ialah Hari Keusahawanan. Semua murid kelas Bijak dan Bestari diberi peluang untuk menjalankan aktiviti jualan dengan pelbagai aneka makanan yang telah dibincangkan mengikut kumpulan masing-masing. Jualan tersebut dibuka untuk semua warga sekolah ketika waktu rehat tahap 1 dan 2.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

0 comments:
Post a Comment