CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

May 17, 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada tahun ini hari guru jatuh pada hari Isnin. Pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan dengan jayanya mengikut ketetapan yang telah dibincangkan sebelum ini. Pelbagai acara telah disusun dan dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa sambutan. Pada awal pagi diadakan perhimpunan. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran telah disempurnakan.
Murid-murid seterusnya menyerahkan hadiah yang dibawa kepada guru-guru yang mengajar mereka. Acara sukaneka juga diadakan bagi memeriahkan sambutan. Antara acara yang diadakan ialah perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan murid lelaki, manakala guru perempuan pula bersama mereka mengadakan acara di dewan.Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun cuaca agak suram namun tiada hujan.



Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia