Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.
Home »
» Pelancaran Program Kami Benci Dadah
Majlis pelancaran Program Kami Benci Dadah Peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 6 Mac 2016 dengan tema
"SKNC Benci Dadah" Perasmian telah disempurnakan dengan memecahkan belon dan melepaskan banner SKNC Benci Dadah oleh En. Aziz Saad PK HEM merangkap Pengerusi PPDa sekolah. Beliu seterusnya dengan diiringi PK Kurikulum dan PK Kokurikulum menurunkan tanda tangan pada banner kempen SKNC Benci Dadah.
Adik Mohamad Naim seterusnya mengetuai bacaan ikrar dengan diikuti oleh semua murid sebelum majlis bersurai.