Majlis lantikan pengawas bagi sesi 2016 telah disempurnakan pada 10 Januari 2016 iaitu pada Hari Ahad. Majlis pelantikan tersebut telah dilakukan oleh tuan Guru Besar semasa perhimpunan rasmi mingguan. Semua pengawas yang dilantik menerima watikah pelantikan dan membaca ikrar pengawas yang diketuai oleh adik Mohd Naim Zakaria.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.