Majlis Bacaan Yassin perdana untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan pada 1 September (Khamis malam Jumaat) bertempat di Masjid Darussalam, Kg. Nyior Chabang. Majlis bermula pada pukul 7 petang dengan kehadiran waris bersama anak masing-masing. Sambutan para waris amat baik pada majlis kali ini. Semoga dengan berkat kerjasama dan komitmen daripada warga guru dan para waris akan membuahkan kecemerlangan buat murid-murid tahun 6 pada tahun ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |