Tanggal 26 September 2019, maka berakhirlah perkhidmatan guru besar Cikgu Shahidin Md Saman sebagai seorang pendidik, Pihak sekolah telah mengatur "Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi" buat beliau sebagai meraikan persaraan beliau.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.
Sep 28, 2019
Sep 23, 2019
Lawatan Penanda Aras-SK Ahmad Tajuddin
Pihak sekolah dengan inisiatif oleh penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Ahmad Tajuddin Sekolah Berprestasi Tinggi, Jitra pada hari Sabtu, 21 September yang lalu. Semua guru dan staf sokongan menyertai program ini.
Jul 17, 2019
Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Langkawi
Kejohanan sukan prasekolah bagi Daerah Langkawi telah berlangsung pada 15 Julai 2019, bertempat di Kompleks Sukan LADA. Semua Prasekolah Daerah Langkawi terlibat dalam kejohanan ini, tidak terkecuali bagi SKNC.
Jun 17, 2019
Sambutan Aidiladha dan Majlis Perpisahan
Majlis sambutan hari raya Aidiladha telah diadakan pada hari Ahad, 16 Jun 2019 serentak dengan majlis perpisahan Cikgu Jazzman, Ustaz Farid (guru ganti ). Majlis diadakan selepas rehat tahap 2, di dewan sekolah. Murid dan guru serta staf, masing-masing mengayakan pakaian raya.
![]() |
| Sumbangan hadiah buat Cikgu Jazzman |
![]() |
| Barisan guru yang bertukar |
![]() |
| Sumbangan hadiah buat Ustaz Farid |
May 23, 2019
Program Kacau Bubur Ashura Ramadan
Pada Ramadan tahun ini, sedikit kelainan dilakukan. Pada tahun-tahun sebelumnya, pihak Panitia Agama Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru & Staf menganjurkan majlis Iftar Perdana, tetapi pada tahun ini, pihak yang sama telah menganjurkan Program Mengacau Bubur Ashura untuk diagihkan kepada semua murid serta guru dan staf SKNC.
Gotong-royong secara ringkas dan kerjasama semua guru dibuat dengan penuh rasa gembira dan saling membantu dalam menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan.
May 7, 2019
Sambutan Hari Guru SKNC
Sambutan Hari Guru pada tahun ini diadakan pada 5 Mei, diawalkan kerana hari guru sepatutnya jatuh dalam bulan Ramadan. Majlis dilaksanakan secara sederhana, namun berjaya adakan mengikut perancangan yang dibincangkan.
Seperti biasa acara sukaneka guru dan ibu bapa dan kali ini penyertaan daripada wakil komuniti setempat turut memeriahkan majlis.





























































