CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Jun 17, 2019

Sambutan Aidiladha dan Majlis Perpisahan

Majlis sambutan hari raya Aidiladha telah diadakan pada hari Ahad, 16 Jun 2019 serentak dengan majlis perpisahan Cikgu Jazzman, Ustaz Farid (guru ganti ). Majlis diadakan selepas rehat tahap 2, di dewan sekolah. Murid dan guru serta staf, masing-masing mengayakan pakaian raya.




Sumbangan hadiah buat Cikgu Jazzman
Barisan guru yang bertukar
Sumbangan hadiah buat Ustaz Farid

Share:

May 23, 2019

Program Kacau Bubur Ashura Ramadan

Pada Ramadan tahun ini, sedikit kelainan dilakukan. Pada tahun-tahun sebelumnya, pihak Panitia Agama Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru & Staf menganjurkan majlis Iftar Perdana, tetapi pada tahun ini, pihak yang sama telah menganjurkan Program Mengacau Bubur Ashura untuk diagihkan kepada semua murid serta guru dan staf SKNC.
Gotong-royong secara ringkas dan kerjasama semua guru dibuat dengan penuh rasa gembira dan saling membantu dalam menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan.  






Share:

May 7, 2019

Sambutan Hari Guru SKNC

Sambutan Hari Guru pada tahun ini diadakan pada 5 Mei, diawalkan kerana hari guru sepatutnya jatuh dalam bulan Ramadan. Majlis dilaksanakan secara sederhana, namun berjaya adakan mengikut perancangan yang dibincangkan.

Seperti biasa acara sukaneka guru dan ibu bapa dan kali ini penyertaan daripada wakil komuniti setempat turut memeriahkan majlis.







Share:

Apr 29, 2019

Kem Pemimpin Kecil SKNC

Program Kem Pemimpin Kecil sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 21 April 2019. Walaupun hanya diadakan di kawasan sekolah sahaja, tetapi dengan pelaksanaan semua aktiviti dapat memenuhi kehendak program dengan sempurna. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Shaidin b. Md. Saman.
















Share:

Apr 23, 2019

Hari Mini Kokurikulum

Hari Mini Kokurikulum telah diadakan pada hari Ahad, 21 April 2019







Share:

Feb 21, 2019

Majlis Pelancaran Joom Ke Sekolah

Program Pelancaran Joom ke sekolah bersama PPS PDRM telah diadakan serentak seluruh negara pada hari Khamis, 21 Febuary 2019. PPS sekolah telah sudi hadir untuk menyempurnakan majlis pelancarannya.







Share:

Kejohanan Balapan dan Padang 2019

Kejohanan sukan Balapan dan Padang 2019 telah diadakan pada 21 Febuari 2019, iaitu hari Khamis. Dengan persiapan yang serba ringkas, kejohanan pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan kesepakatan semua jawatankuasa yang terlibat. Tahniah dan syabas buat semua warga SKNC.







Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia