CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

May 17, 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada tahun ini hari guru jatuh pada hari Isnin. Pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan dengan jayanya mengikut ketetapan yang telah dibincangkan sebelum ini. Pelbagai acara telah disusun dan dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa sambutan. Pada awal pagi diadakan perhimpunan. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran telah disempurnakan.
Share:

May 1, 2016

Kempen Membaca

Tahun 4 Kelas 4 Bijak SU sekolah
Tahun 4 Tahun 5 Murid Prasekolah
SKNC telah turut sama menyertai kempen Mari Membaca selama sepuluh minit yang dijalankan serentak seluruh negara. Bahan bacaan dalam pelbagai bentuk telah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah. Semua warga sekolah khusuk membaca bahan bacaan dalam tempoh yang diberikan. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi kesedaran kepada para murid untuk terus mengamalkan budaya membaca ini.

Share:

Apr 4, 2016

Majlis Perpisahan PPM Prasekolah

Pn. Hartini bt. Ameer Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah yang telah tiga tahun berkhidmat di SKNC tiba penghujungnya.
Share:

Mar 28, 2016

Pelancaran Program NILAM

Majlis pelancaran Program NILAM bagi tahun 2016 telah dilaksanakan pada hari Ahad, 27 Mac yang lalu ketika perhimpunan mingguan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:


Share:

Mar 27, 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32

 Mesyuarat PIBG SKNC kali ke-32 telah dilaksanakan seperti maklumat di bawah;

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Anggun Bestari SKNC
Perasmi : YB. Dato' IR Hj. Nawawi Bin Hj. Ahmad DSDK. AMK. BKM (Ahli Parlimen Langkawi)



Share:

Mar 26, 2016

Kem Celik Jawi 2016

Kem Celik Jawi SKNC telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan jayanya pada;

Hari : Jumaat, 25 Mac 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Sasaran : Murid Tahun 2 hingga tahun 6


Share:

Mar 6, 2016

Pelancaran Program Kami Benci Dadah

Majlis pelancaran Program Kami Benci Dadah Peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 6 Mac 2016 dengan tema "SKNC Benci Dadah" Perasmian telah disempurnakan dengan memecahkan belon dan melepaskan banner SKNC Benci Dadah oleh En. Aziz Saad PK HEM merangkap Pengerusi PPDa sekolah. Beliu seterusnya dengan diiringi PK Kurikulum dan PK Kokurikulum menurunkan tanda tangan pada banner kempen SKNC Benci Dadah.

Adik Mohamad Naim seterusnya mengetuai bacaan ikrar dengan diikuti oleh semua murid sebelum majlis bersurai.


Share:

Feb 27, 2016

Kejohanan Balapan & Padang 2016

Kejohanan Balapan & Padang SKNC 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis, 25 Febuari yang lalu. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertuan PIBG, saudara Azizan. Acara bermula pada pukul 8.45 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari.





Share:

Feb 23, 2016

Acara Padang Akhir


Pada hari Ahad dan Isnin (21 dan 22 Febuari), telah diadakan acara padang akhir bagi lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru serta tarik tali tempat ketiga dan keempat.
Share:

Program Penyerahan Mentor Mentee




Program Penyerahan Mentor Mentee bagi murid-murid tahun 6 yang merupakan salah satu program bimbingan ke arah kecemerlangan UPSR seperti sebelumnya telah dijalankan pada 21 Febuari 2016 yang lalu. Penyelaras Unit Kecemerlangan UPSR 2016, En. Jazzman Khabir telah menyusun pembahagian mentor-mentor dan mentee-mentee mengikut nisbah yang hampir sama bagi memudahkan urusan pemantau dijalankan oleh setiap mentor. Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini mampu memberikan manfaat untuk murid-murid dan warga sekolah keseluruhannya.

Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia