CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Oct 7, 2019

Hari Keusahawanan Tahun 6

Program murid tahun 6, selepas UPSR antaranya ialah Hari Keusahawanan. Semua murid kelas Bijak dan Bestari diberi peluang untuk menjalankan aktiviti jualan dengan pelbagai aneka makanan yang telah dibincangkan mengikut kumpulan masing-masing. Jualan tersebut dibuka untuk semua warga sekolah ketika waktu rehat tahap 1 dan 2.


 




Share:

Oct 6, 2019

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan bermula 6 Oktober 2019 dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh pihak jawatankuasa.










Share:

Sep 28, 2019

Majlis Persaraan Guru Besar

Tanggal 26 September 2019, maka berakhirlah perkhidmatan guru besar Cikgu Shahidin Md Saman sebagai seorang pendidik, Pihak sekolah telah mengatur "Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi" buat beliau sebagai meraikan persaraan beliau.







Share:

Sep 23, 2019

Lawatan Penanda Aras-SK Ahmad Tajuddin

Pihak sekolah dengan inisiatif oleh penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Ahmad Tajuddin Sekolah Berprestasi Tinggi, Jitra pada hari Sabtu, 21 September yang lalu. Semua guru dan staf sokongan menyertai program ini.

 

 
 


 

Share:

Jul 17, 2019

Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Langkawi

Kejohanan sukan prasekolah bagi Daerah Langkawi telah berlangsung pada 15 Julai 2019, bertempat di Kompleks Sukan LADA. Semua Prasekolah Daerah Langkawi terlibat dalam kejohanan ini, tidak terkecuali bagi SKNC.




Share:

Jun 17, 2019

Sambutan Aidiladha dan Majlis Perpisahan

Majlis sambutan hari raya Aidiladha telah diadakan pada hari Ahad, 16 Jun 2019 serentak dengan majlis perpisahan Cikgu Jazzman, Ustaz Farid (guru ganti ). Majlis diadakan selepas rehat tahap 2, di dewan sekolah. Murid dan guru serta staf, masing-masing mengayakan pakaian raya.




Sumbangan hadiah buat Cikgu Jazzman
Barisan guru yang bertukar
Sumbangan hadiah buat Ustaz Farid

Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia