CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Aug 23, 2016

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Bulan KemerdekaanPeringkat sekolah telah diadakan pada 21hb Ogos bersamaan hari Rabu, serentak dengan Perhimpunan Rasmi sekolah. Majlis yang diadakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En. Mohd Rudy dan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016. Sebagai gimik pelancaran pihak sekolah telah menyediakan 3 ekor burung yang kemdiannya dilepaskan secara bergilir-gilir oleh 3 orang, iaitu Tuan Guru Besar sendiri, diikuti oleh Pn, Hjh. Habsah dan juga En. Aziz Saad. Sepertimana biasa nyanyian lagu-lagu patriotisme dinyanyikan bersama-sama sambil mengibar jalur gemilang.

Pelbagai acara sepanjang kempen ini telah disusun bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara. Semua murid akan terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan.

Share:

Waris Bersama Sekolah

Program waris bersama sekolah bagi membantu kelancaran dan kebolehan anak-anak mereka menguasai aspek bacaan telah memberikan satu penambahbaikan yang bermanfaat kepada sekolah dan juga anak-anak didik SKNC. Semoga dengan inisiatif yang baru dimulakan ini akan membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk semua.
Share:

Aug 15, 2016

Program Rawatan Gigi

Program rawatan gigi oleh kakitangan klinik pergigian Langkawi telah diadakan beberapa hari secara berselang seli. Murid-murid yang menghadapi masalah gigi diberi rawatan yang sewajarnya oleh pegawai terlibat di bilik rawatan sekolah. Pada akhir rawatan semua murid diberi tunjuk ajar cara mengosok gigi dengan betul.

Share:

Penyerahan Bantuan Zakat

Majlis penyerahan bantuan zakat kepada murid-murid yang layak telah disempurnakan pada hari Ahad 15 Ogos 2016 ketika perhimpunan rasmi sekolah. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Rudy Mansor. Murid yang bertuah telah menerima bantuan berupa sebuah bag yang berisi keperluan sekolah. Seramai 60 orang murid layak menerima bantuan pada tahun ini.

Share:

Jul 31, 2016

Program Kecemerlangan Akal Budi

Majlis Pelancaran Akal Budi
Telah disempurnakan oleh YDP PIBG Tn. Hj. Azmi Ramjan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar sebagai pembuka bicara, seterusnya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Azmi Ramjan. Penyerahan cenderahati telah diberikan mengikut beberapa kategori yang telah diwujudkan sebagai perangsang kepada murid-murid supaya lebih bersemangat untuk datang ke sekolah seterusnya belajar dengan bersungguh-sungguh.

Share:

Jul 28, 2016

Program Pertandingan Membaca (Linus 2.0)

Tarikh: 28 Julai 2016
Masa : 11.30 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat : Dewan Anggun Bestari

Peserta adalah murid Linus tahun 3

Semua murid Tahap 1 berkumpul di Dewan untuk bersama-sama memberi sokongan dan pendedahan kepada rakan yang lain. Guru mata pelajaran bersama-sama untuk mengawal disiplin murid semasa pertandingan berlangsung.

Share:

Jul 24, 2016

Sambutan Aidilfitri Prasekolah

Kelas Prasekolah Bijak dan Bestari telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka pada hari Khamis, 21hb Julai yang lalu. Semua murid, guru-guru serta PPM segak, manis bergaya dengan pakaian raya masing-masing.

Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia