CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Jul 18, 2016

Majlis Bersama Mantan GB

Majlis meraikan mantan Guru Besar En. Kamaruzzaman Mehad telah diadakan pada hari Khamis, 14 Julai yang lalu. Sambutan yang diadakan adalah bagi menghargai perkhidmatan belia di SKNC selama ini. Walaupun ringkas tetapi dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna. Selain jamuan makan tengah hari, penyampaian hadiah dan sumbangan daripada setiap kelas dan unit telah disampaikan oleh wakil masing-masing.

Share:

Jul 16, 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Share:

Jun 30, 2016

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis khatam Al-Quran bagi tahun ini telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Majlis berlangsung bermula pukul 10.30 pagi dengan beberapa acara yang telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Bahasa Arab.


Share:

Jun 28, 2016

Iftar Ramadhan

Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan majlis Iftar bersama semua warga sekolah pada hari Isnin, 22 Ramadhan bersamaan 27 Jun yang lalu.

Share:

Jun 22, 2016

Ceramah Nuzul Quran

Aktiviti ceramah sempena Nuzul Quran telah diadakan pada hari Rabu, 22 Jun 2016.
Maklumat aktiviti Nuzul Quran pada tahun ini antranya ialah:

* Ceramah oleh Ustaz Tarmizi dari SK Padang Matsirat
* Aktiviti mewarna poster bagi tahap satu
* Melukis / Mewarna sampul duit raya bagi tahap 2

Program ini telah dijalankan bermula pukul 11.30 pagi. Semua murid berkumpul di dewan untuk sesi ceramah dan mewarna. poster.


Share:

May 17, 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada tahun ini hari guru jatuh pada hari Isnin. Pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan dengan jayanya mengikut ketetapan yang telah dibincangkan sebelum ini. Pelbagai acara telah disusun dan dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa sambutan. Pada awal pagi diadakan perhimpunan. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran telah disempurnakan.
Share:

May 1, 2016

Kempen Membaca

Tahun 4 Kelas 4 Bijak SU sekolah
Tahun 4 Tahun 5 Murid Prasekolah
SKNC telah turut sama menyertai kempen Mari Membaca selama sepuluh minit yang dijalankan serentak seluruh negara. Bahan bacaan dalam pelbagai bentuk telah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah. Semua warga sekolah khusuk membaca bahan bacaan dalam tempoh yang diberikan. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi kesedaran kepada para murid untuk terus mengamalkan budaya membaca ini.

Share:

Apr 4, 2016

Majlis Perpisahan PPM Prasekolah

Pn. Hartini bt. Ameer Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah yang telah tiga tahun berkhidmat di SKNC tiba penghujungnya.
Share:

Mar 28, 2016

Pelancaran Program NILAM

Majlis pelancaran Program NILAM bagi tahun 2016 telah dilaksanakan pada hari Ahad, 27 Mac yang lalu ketika perhimpunan mingguan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:


Share:

Mar 27, 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32

 Mesyuarat PIBG SKNC kali ke-32 telah dilaksanakan seperti maklumat di bawah;

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Anggun Bestari SKNC
Perasmi : YB. Dato' IR Hj. Nawawi Bin Hj. Ahmad DSDK. AMK. BKM (Ahli Parlimen Langkawi)



Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia