Program Penyerahan Mentor Mentee bagi murid-murid tahun 6 yang merupakan salah satu program bimbingan ke arah kecemerlangan UPSR seperti sebelumnya telah dijalankan pada 21 Febuari 2016 yang lalu. Penyelaras Unit Kecemerlangan UPSR 2016, En. Jazzman Khabir telah menyusun pembahagian mentor-mentor dan mentee-mentee mengikut nisbah yang hampir sama bagi memudahkan urusan pemantau dijalankan oleh setiap mentor. Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini mampu memberikan manfaat untuk murid-murid dan warga sekolah keseluruhannya.
Catatan Semasa
Setitis Tinta Tuan Guru Besar
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Feb 23, 2016
Program Penyerahan Mentor Mentee
Program Penyerahan Mentor Mentee bagi murid-murid tahun 6 yang merupakan salah satu program bimbingan ke arah kecemerlangan UPSR seperti sebelumnya telah dijalankan pada 21 Febuari 2016 yang lalu. Penyelaras Unit Kecemerlangan UPSR 2016, En. Jazzman Khabir telah menyusun pembahagian mentor-mentor dan mentee-mentee mengikut nisbah yang hampir sama bagi memudahkan urusan pemantau dijalankan oleh setiap mentor. Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini mampu memberikan manfaat untuk murid-murid dan warga sekolah keseluruhannya.
Feb 21, 2016
Kem Kepimpinan 2016
Berlangsung di MARDI Langkawi pada 20 Febuari 2016, iaitu hari Sabtu yang melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Kaunselor dari SMK Ayer Hangat telah dijemput untuk mengisi slot ceramah dan aktiviti pada kali ini. Murid-murid terlibat diberi peluang menaiki tren melawat sekitar kawasan ladang MARDI sebelum pulang. Diharapkan dengan adanya kem kepimpinan sebegini para pengawas serta ketua dan penolong kelas lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Jan 26, 2016
Jan 11, 2016
Lantikan Pengawas 2016
Majlis lantikan pengawas bagi sesi 2016 telah disempurnakan pada 10 Januari 2016 iaitu pada Hari Ahad. Majlis pelantikan tersebut telah dilakukan oleh tuan Guru Besar semasa perhimpunan rasmi mingguan. Semua pengawas yang dilantik menerima watikah pelantikan dan membaca ikrar pengawas yang diketuai oleh adik Mohd Naim Zakaria.
Jan 5, 2016
Program Transisi Tahun 1
Program Transisi bagi murid-murid tahun satu berjalan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Murid-murid mengikuti program ini dengan bimbingan dan pemantuan guru-guru tahun satu.
Jan 4, 2016
Sesi Persekolahan 2016
Selamat kembali ke alam persekolahan sesi 2016 diucapkan kepada semua guru, staf sokongan dan semua murid sama ada yang lama atau murid prasekolah dan tahun satu yang memulakan persekolahan pada tahun ini.Semoga kita semua warga SKNC bertambah azam, semangat dan keinginan untuk berjaya dalam hidup seterusnya mampu melahirkan insan-insan cemerlang dalam pelbagai bidang. Selamat belajar dan semoga ceria selalu.
Oct 27, 2015
Hari Anugerah Cemerlang 2015
Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Ahad, bersamaan 25 Oktober 2015 yang lalu. Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Tn. Hj. Marzuki telah berkenan merasmikan majlis tersebut.Kerjasama semua jawatankuasa yang telah dibentuk bagi
menjayakan majlis kali ini secara keseluruhannya dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing dari awal hingga akhirnya dengan penuh amanah dan
kesepakatan sesuai dengan motto sekolah "Sepakat membawa berkat".
Oct 8, 2015
Sep 17, 2015
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh Panitia Kajian Tempatan bersama Panitia lain bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antara aktiviti yan dilaksanakan ialah:
Majlis Perasmian bulan kemerdekaan 2015
a) Pertandingan mendeklamasikan sajak tahap 2
b) Pakaian beragam bagi Prasekolah
c) Basikal berhias
d) Sudut merdeka semua kelas
e) Mewarna poster
May 20, 2015
Sambutan Hari Guru 2015
Pelbagai aktiviti yang bersesuaian telah dilaksanakan sebagai memeriahkan majlis sambutan pada tahun ini. Sambutan telah diadakan pada 18 Mei bersamaan hari Isnin, Pihak sekolah telah menerima sumbangan beberapa biji kek daripada Yang Berhormat Daerah langkawi serta sumbangan daripada bekas-bekas murid SKNC.