CEMERLANG DAN BERWATAK

SKNC.com

Catatan Semasa


"UJIAN BULANAN KALI PERTAMA, "2020 SEMOGA SEMUA MURID SENTIASA KOMITED DALAM AKADEMIK "

Setitis Tinta Tuan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.
Melangkah ke tahun baru 2020 merupakan cabaran berterusan kepada kita semua dalam merealisasikan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kewujudan portal sekolah ini juga diharapkan dapat menjadi satu wadah untuk kita semua berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan semua staf yang telah menunjukkan komitmen dan kebersamaan dalam mendokong kejayaan sekolah selama ini.

Jan 4, 2016

Sesi Persekolahan 2016

Selamat kembali ke alam persekolahan sesi 2016 diucapkan kepada semua guru, staf sokongan dan semua murid sama ada yang lama atau murid prasekolah dan tahun satu yang memulakan persekolahan pada tahun ini.Semoga kita semua warga SKNC bertambah azam, semangat dan keinginan untuk berjaya dalam hidup seterusnya mampu melahirkan insan-insan cemerlang dalam pelbagai bidang. Selamat belajar dan semoga ceria selalu.
Share:

Oct 27, 2015

Hari Anugerah Cemerlang 2015

Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Ahad, bersamaan 25 Oktober 2015 yang lalu. Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Tn. Hj. Marzuki telah berkenan merasmikan majlis tersebut.Kerjasama semua jawatankuasa yang telah dibentuk bagi menjayakan majlis kali ini secara keseluruhannya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dari awal hingga akhirnya dengan penuh amanah dan kesepakatan sesuai dengan motto sekolah "Sepakat membawa berkat".









Share:

Oct 8, 2015

Kelas Abad Ke 21

Kelas Abad ke 21 telah memasuki fasa ke 2, SKNC telah terpilih dalam 10 terbaik untuk pemantauan pusingan kedua. Segala persiapan dan persediaan dalam semua aspek telah dilaksanakan sebaiknya oleh semua warga sekolah secara gotong-royong.







Share:

Sep 17, 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh Panitia Kajian Tempatan bersama Panitia lain bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antara aktiviti yan dilaksanakan ialah:

Majlis Perasmian bulan kemerdekaan 2015

a) Pertandingan mendeklamasikan sajak tahap 2

b) Pakaian beragam bagi Prasekolah

c) Basikal berhias


d) Sudut merdeka semua kelas

e) Mewarna poster








Share:

May 20, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Pelbagai aktiviti yang bersesuaian telah dilaksanakan sebagai memeriahkan majlis sambutan pada tahun ini. Sambutan telah diadakan pada 18 Mei bersamaan hari Isnin, Pihak sekolah telah menerima sumbangan beberapa biji kek daripada Yang Berhormat Daerah langkawi serta sumbangan daripada bekas-bekas murid SKNC.
 



Share:

Jan 1, 2015

Kembara 2015

Kembali dengan cabaran yang lebih hebat. Menuntut pengorbanan semua staf dalam menjayakan misi dan visi ke arah kecemerlangan bersama dalam semua aspek.  
Share:

Jun 26, 2014

Ihya' Ramadhan 1435H

Bulan penuh kemulian datang lagi. Pelbagai reaksi penerimaan umat apabila tibanya bulan ini. Ada yang seronok gembira, sedih, pilu dan ada juga yang tidak merasa apa-apa dengan ketibaannya. Apa jua reaksi manusia, bulan Ramadhan Al-Mubarak ini akan terus juga datang singgah menjadi tetamu umat dunia ini. Beruntunglah mereka yang mengambil peluang dengan kedatangannya.
Pihak sekolah dengan anjuran Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan pada hari Khamis 26 Jun, jam 12 tgh.

Share:

May 25, 2014

Persaraan Cikgu Rashid Ahmad

Majlis persaraan Cikgu Rashid telah diadkan pada 25 Mei 2014. Majlis dapat disempurnakan dengan sebaiknya.






Share:

May 17, 2014

Sambutan Hari Guru



 

Sambutan hari guru pada tahun ini berlangsung dengan meriah seperti juga tahun-tahun yang lalu. Amat bermakna kepada para pendidik apabila masyarakat dapat meraikannya sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.



Share:

Mar 15, 2014

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat pada tahun ini telah diadakan pada 14 Mac 2014 di Dewan Anggun Bestari.


Mesyuarat telah dilaksanakan dengan lancar dan penuh pemuafakatan antara sesama ahli.





Share:

AKTIVITI SEMASA-PERSARAAN GB

PIBG 2020

Staf SKNC 2019

Guru Bertugas Mingguan

Minggu ke 26

(12 - 16 JULAI 2020)

Tema:

"BERAT SAMA DIPIKUL,
BERAT SAMA DIJINJING"

Guru bertugas:
Pn. Syaifatul Aisyah & Pn. Salmiwati
_______________________
RMT
Pn. Nurul Hazwani & Mohd Azmi
_______________________
Guru Penyayang
Pn. Hasliza & Pn. M. Farhan

Tentang Saya

Kuah, Kedah, Malaysia